Naga Timur Sedang Tidur

Hendak Ke Mana Kamu Semua,
Jangan Sampai Bangunkan Naga

Thursday, 5 April 2012

Kejohanan Ping-Pong Terbuka Melayu Bentong




1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Ping Pong Terbuka Melayu Bentong 2012. Objektif kejohanan ini ialah untuk bertukar-tukar ilmu dalam sukan ping-pong di samping mengumpul dana untuk kelab.

2. TEMPAT DAN MASA
2.1 Tarikh : 19 Mei 2012 (Sabtu)
2.2 Masa : 8.00 pagi – 8.00 malam
2.2 Tempat : Dewan Taman Gemilang, Batu 1, Jalan Tras, Bentong
2.3 TarikhTutup : 30 April 2012 (Isnin-Jam: 11.59mlm)
2.4 Undian : 15 Mei 2011 (Selasa-Jam : 8.00mlm) bertempat di Dewan Taman Gemilang


3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.

3.1 Berpasukan

4. YURAN PENYERTAAN

4.1 RM100.00 untuk satu pasukan.

5. KELAYAKAN PESERTA & DEFINASI PEMAIN

5.1 Semua pemain mestilah WARGANEGARA MALAYSIA beragama Islam.
5.2 Penyertaan terbuka kepada semua kaum tanpa mengira status dan jantina pemain.
5.3 Hanya seorang pemain atau bekas pemain NEGERI anjuran TTAM dan lain-lain(Terbuka/Perpaduan/Polis/Tentera) /SUKMA/MAKSAK/BEKAS MAKSAK/BEKAS SUKMA dibenarkan didaftarkan dalam satu (1) pasukan. Pemain-pemain ini dikategorikan sebagai Kelas A dan wajib bermain dalam perseorangan pertama sahaja.
5.4 Pemain Biasa (Normal Player) ialah pemain yang tidak termasuk didalam syarat-syarat atau dibahagian 5.3.
5.5 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain didalam satu pasukan.

5.7 PENGANJUR BERHAK MENGGUNAKAN BUDI BICARA BAGI MEMUTUSKAN STATUS PENYERTAAN PEMAIN.



6. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Berpasukan
6.1.1 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut susunan pertandingan seperti dibawah :-
PerlawananPertama :Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua :Bergu
Perlawanan Ketiga :Perseorangan Kedua


6.1.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
6.1.3 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua acara diperingkat awal.Manakala diperingkat pusingan kalah mati, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu meneruskan pertandingan.
6.1.4 Setiap pasukan boleh mendaftar sebanyak 5 pemain dengan menggunakan borang pendaftaran.
6.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik
6.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan.

6.2 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
6.3 Penggunaan getah pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali.

7. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN
7.1 Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara Liga.
7.2 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya
7.3 Undian kalah mati akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat liga.
7.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
7.5 Pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan dari kejohanan.

8. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN
8.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan
atau slip ‘BANK IN’ kepada:

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (Isrul)
Email : isrul1977@gmail.com atau fax ke: 09-2223729 (u.p: Isrulhizam Abd Khalid)

8.2 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan Yuran Pendaftaran.

8.3 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 30 April 2012 dan penyertaan melebihi dari kuota 20 pasukan, maka pasukan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada saat terakhir (last minute).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK kejohanan:

ISRULHIZAM ABD KHALID@dr_afiq pp4m (011-19274128)

9. HADIAH KEMENANGAN

9.1 Berpasukan

Johan : RM 500.00 + medal
Naib Johan : RM 300.00 + medal
Ke 3 &4 : RM 200.00 + medal

Ke 5 - 8 : Medal



10. WAKTU PERTANDINGAN

10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.


11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN

11.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang ditetapkan.
Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan) dikirakalah dan disingkirkan dari
kejohanan.


12. PENANGGUHAN

12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak
akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan berlangsung, akan diberi lima (5) minit
untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang pertandingan.


13. KIRAAN MATA
13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah

14. BANTAHAN

Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara bersurat dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah ditangani oleh PengurusPasukan / KetuaPasukan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA). Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.


JURI
Pihak JURI terdiri daripada :

Pengerusi JawatanKuasaPenganjur
AJK :Teknikal Pertandingan
Ahli :Wakil dari 3 Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan


15.HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dari semasa ke semasa,demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.

Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.


16. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1 Penganjur hanya menyediakan Pengadil di peringkat Suku Akhir sahaja.
16.2 Pengadil Peringkat kumpulan adalah terdiri dari pemain.Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat didalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
16.3 JawatankuasaPenganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna oren. Track bottom adalah digalakkan.Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola berjenama 3 bintang berwarna oren akan digunakan sepanjang kejohanan ini.
16.6 Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kecederaan dan kehilangan harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.

17. PENGINAPAN

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan untuk peserta.
















_____________________________________________________________________
BORANG PENYERTAAN


NAMA PASUKAN : ______________________________________

PENGURUS : ______________________________________

NO. H/P : ______________________________________

NAMA PEMAIN :

Bil. Nama Pemain (status)
1
2
3
4
5


Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM100.00
(Ringgit Malaysia :Satu ratus sahaja)


Dibayar oleh : _______________________________ Tarikh : ___________


Diterima oleh : _______________________________ Tarikh : ___________


* Bayaran terus ke akaun hendaklah dibuat atas nama berikut :

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (Isrul)
Email : isrul1977@gmail.com atau fax ke: 09-2223729 (u.p: Isrulhizam Abd Khalid)


No comments:

Post a Comment