Naga Timur Sedang Tidur

Hendak Ke Mana Kamu Semua,
Jangan Sampai Bangunkan Naga

Wednesday, 19 June 2013

Kejohanan Tertutup Bentong dan Jemputan

1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Tertutup Bentong dan Jemputan 2013. Objektif kejohanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan di kalangan pemain-pemain ping-pong negeri Pahang.

2. TEMPAT DAN MASA
2.1 Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
2.2 Masa : 8.00 pagi – 8.00 malam
2.2 Tempat : Dewan Taman Gemilang, Batu 1, Jalan Tras, Bentong
2.3 TarikhTutup : 30 Jun 2013
2.4 Undian : 3 Julai 2013 (Jam : 8.00mlm) bertempat di Dewan Taman Gemilang


3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.

3.1 Berpasukan

4. YURAN PENYERTAAN

4.1 RM80.00 untuk satu pasukan.

5. KELAYAKAN PESERTA & DEFINASI PEMAIN

5.1 Semua pemain mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
5.2 Penyertaan terbuka kepada semua pemain yang bertugas/tinggal di PAHANG sahaja.
5.3 Hanya dua pemain atau bekas pemain NEGERI anjuran TTAM dan lain-lain (Terbuka/Perpaduan/Polis/Tentera) /SUKMA/MAKSAK/BEKAS MAKSAK/BEKAS SUKMA (2000-2013) dibenarkan didaftarkan dalam satu (1) pasukan. Walaubagaimanapun, hanya seorang yang boleh diturunkan untuk satu-satu perlawanan.
5.4 Pemain Biasa (Normal Player) ialah pemain yang tidak termasuk didalam syarat-syarat atau di bahagian 5.3.
5.6 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain di dalam satu pasukan.

5.7 PENGANJUR BERHAK MENGGUNAKAN BUDI BICARA BAGI MEMUTUSKAN STATUS PENYERTAAN PEMAIN.


6. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Berpasukan
6.1.1 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut susunan pertandingan seperti dibawah :-

Perlawanan Pertama :Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua    :Bergu
Perlawanan Ketiga    :Perseorangan Kedua


6.1.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
6.1.3 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua acara di peringkat awal.Manakala diperingkat pusingan kalah mati, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu meneruskan pertandingan.
6.1.4 Setiap pasukan boleh mendaftar sebanyak 5 pemain dengan menggunakan borang pendaftaran.
6.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik
6.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan.

6.2 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
6.3 Penggunaan getah pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali.

7. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN
7.1 Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara Liga.
7.2 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya
7.3 Undian kalah mati akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat liga.
7.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
7.5 Pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan dari kejohanan.

8. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN
8.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan
atau slip ‘BANK IN’ kepada:

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-25536993 (dr_afiq@isrul)
Email : isrul1977@gmail.com

8.2 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan Yuran Pendaftaran.

8.3 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 30 Jun 2013 dan penyertaan melebihi dari kuota 20 pasukan, maka pasukan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada saat terakhir (last minute).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK kejohanan:
dr_afiq @ isrul (011-25536993)


9. HADIAH KEMENANGAN

9.1 Berpasukan
Johan : RM 500.00 + medal + hamper
Naib Johan : RM 300.00 + medal + hamper
Ke 3 & 4 : RM 200.00 + medal + hamper
Ke 5 – 8 : RM 70.00


10. WAKTU PERTANDINGAN

10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.


11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN

11.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang ditetapkan.
Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan) dikirakalah dan disingkirkan dari
kejohanan.

12. PENANGGUHAN

12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan berlangsung, akan diberi lima (5) minit untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang pertandingan.


13. KIRAAN MATA
13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah

14. BANTAHAN

Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara bersurat dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah ditangani oleh PengurusPasukan / KetuaPasukan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA). Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.

JURI
Pihak JURI terdiri daripada :

Pengerusi JawatanKuasaPenganjur
AJK :Teknikal Pertandingan
Ahli :Wakil dari 3 Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan

15.HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dari semasa ke semasa,demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.

Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.


6. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1 Penganjur hanya menyediakan Pengadil di peringkat kalah mati sahaja.
16.2 Pengadil Peringkat kumpulan adalah terdiri dari pemain.Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat didalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
16.3 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna oren. Track bottom adalah digalakkan.Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola berjenama 3 bintang berwarna oren akan digunakan sepanjang kejohanan ini.
16.6 Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kecederaan dan kehilangan harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.

17. PENGINAPAN DAN MAKANAN

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan dan makanan untuk peserta.



BORANG PENYERTAAN


NAMA PASUKAN             : ______________________________________

PENGURUS                         : ______________________________________

NO. H/P                               : ______________________________________

NAMA PEMAIN :

Bil
Nama

Jabatan
Status
1




2




3




4




5




*Status: N-Negeri,  S-Sukma,  M-Maksak,  B-Biasa

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM80.00
(Ringgit Malaysia :Lapan puluh sahaja)


Dibayar oleh : ________________________________ Tarikh : ___________


Diterima oleh : _______________________________ Tarikh : ___________

* Bayaran terus ke akaun hendaklah dibuat atas nama berikut :

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-25536993 (dr_afiq@isrul)
Email : isrul1977@gmail.com