1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan
Kejohanan Ping Pong Terbuka Melayu Bentong 2012.
Objektif kejohanan ini ialah untuk bertukar-tukar ilmu dalam sukan ping-pong di
samping mengumpul dana untuk kelab.
2. TEMPAT DAN MASA
2.1 Tarikh :
19 Mei 2012 (Sabtu)
2.2 Masa :
8.00 pagi – 8.00 malam
2.2 Tempat :
Dewan Taman Gemilang, Batu 1, Jalan Tras, Bentong
2.3 TarikhTutup :
30 April 2012 (Isnin-Jam: 11.59mlm)
2.4 Undian :
15 Mei 2011 (Selasa-Jam : 8.00mlm) bertempat di Dewan Taman
Gemilang
3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.
3.1
Berpasukan
4. YURAN PENYERTAAN
4.1
RM100.00 untuk satu pasukan.
5. KELAYAKAN PESERTA & DEFINASI PEMAIN
5.1 Semua pemain mestilah
WARGANEGARA MALAYSIA beragama Islam.
5.2 Penyertaan terbuka kepada semua kaum tanpa mengira status dan jantina
pemain.
5.3 Hanya seorang pemain atau bekas pemain
NEGERI
anjuran TTAM dan lain-lain(Terbuka/Perpaduan/Polis/Tentera) /
SUKMA/MAKSAK/BEKAS
MAKSAK/BEKAS SUKMA dibenarkan didaftarkan dalam satu (1) pasukan.
Pemain-pemain ini dikategorikan sebagai
Kelas A dan wajib bermain dalam perseorangan pertama sahaja.
5.4 Pemain Biasa (Normal Player) ialah pemain yang tidak termasuk didalam
syarat-syarat atau dibahagian 5.3.
5.5 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain didalam satu pasukan.
5.7 PENGANJUR BERHAK MENGGUNAKAN BUDI
BICARA BAGI MEMUTUSKAN STATUS PENYERTAAN PEMAIN.
6.
FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
6.1 Berpasukan
6.1.1 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut susunan pertandingan
seperti dibawah :-
PerlawananPertama :Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua :Bergu
Perlawanan Ketiga :Perseorangan Kedua
6.1.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
6.1.3 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu
menghabiskan semua acara diperingkat awal.Manakala diperingkat pusingan kalah
mati, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu
meneruskan pertandingan.
6.1.4 Setiap pasukan boleh mendaftar sebanyak 5 pemain dengan menggunakan
borang pendaftaran.
6.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set
terbaik
6.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas
sebab-sebab kecederaan Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma
(walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan
kemenangan kepada pasukan lawan.Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada
pertandingan.
6.2 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang
INTERNATIONAL TABLE
TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai
oleh
PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
6.3
Penggunaan getah pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama
sekali.
7. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN
7.1 Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan
dijalankan secara Liga.
7.2 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya
7.3 Undian kalah mati akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat
liga.
7.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
7.5 Pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan dari
kejohanan.
8. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN
8.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan
atau slip ‘BANK IN’ kepada:
NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID
(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (Isrul)
Email :
isrul1977@gmail.com atau fax
ke: 09-2223729 (u.p: Isrulhizam Abd Khalid)
8.2 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan
‘First Come First Serve’ dan
tertakluk kepada penerimaan Yuran Pendaftaran.
8.3 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 30 April 2012 dan
penyertaan melebihi dari kuota 20 pasukan, maka pasukan yang telah menjelaskan
yuran pendaftaran akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar
pada saat terakhir (last minute).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK kejohanan:
ISRULHIZAM ABD KHALID@dr_afiq pp4m (011-19274128)
9. HADIAH KEMENANGAN
9.1 Berpasukan
Johan : RM 500.00 + medal
Naib Johan : RM 300.00 + medal
Ke 3 &4 : RM 200.00 + medal
Ke 5 - 8 : Medal
10. WAKTU PERTANDINGAN
10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan.
Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.Pasukan
yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.
11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN
11.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang
ditetapkan.
Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan)
dikirakalah dan disingkirkan dari
kejohanan.
12. PENANGGUHAN
12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan.
Permohonan untuk penangguhan tidak
akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan
berlangsung, akan diberi lima (5) minit
untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan
tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang
pertandingan.
13. KIRAAN MATA
13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat
sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama,
maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata
yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.
13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah
14. BANTAHAN
Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja
secara bersurat dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30
minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah
ditangani oleh PengurusPasukan / KetuaPasukan dan disertakan dengan cagaran
wang tunai sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA). Wang cagaran
tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.
JURI
Pihak JURI terdiri daripada :
Pengerusi JawatanKuasaPenganjur
AJK :Teknikal Pertandingan
Ahli :Wakil dari 3 Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan
15.HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR
Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan
yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam
peraturan ini dari semasa ke semasa,demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan
ini.
Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.
16. PERKARA-PERKARA LAIN
16.1 Penganjur hanya menyediakan Pengadil di peringkat Suku Akhir sahaja.
16.2 Pengadil Peringkat kumpulan adalah terdiri dari pemain.Jika terdapat
perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat didalam peraturan-peraturan
ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang
keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
16.3 JawatankuasaPenganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan
yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian
yang berwarna oren. Track bottom adalah digalakkan.Pemain-pemain yang gagal
mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola berjenama 3 bintang berwarna oren akan digunakan sepanjang kejohanan
ini.
16.6 Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kecederaan dan kehilangan harta
benda sepanjang kejohanan berlangsung.
17. PENGINAPAN
Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan untuk peserta.
_____________________________________________________________________
BORANG PENYERTAAN
NAMA PASUKAN : ______________________________________
PENGURUS : ______________________________________
NO. H/P : ______________________________________
NAMA PEMAIN :
Bil. Nama Pemain (status)
1
2
3
4
5
Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM100.00
(Ringgit Malaysia :Satu ratus sahaja)
Dibayar oleh : _______________________________ Tarikh : ___________
Diterima oleh : _______________________________ Tarikh : ___________
* Bayaran terus ke akaun hendaklah dibuat atas nama berikut :
NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID
(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (Isrul)
Email :
isrul1977@gmail.com atau fax
ke: 09-2223729 (u.p: Isrulhizam Abd Khalid)