Naga Timur Sedang Tidur

Hendak Ke Mana Kamu Semua,
Jangan Sampai Bangunkan Naga

Tuesday, 24 July 2012

KePPAP (edisi raya 2012)


1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Penjawat Awam Pahang 2012 (KePPAP – edisi raya). Objektif kejohanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan di kalangan penjawat-penjawat awam negeri Pahang melalui sukan ping-pong dalam suasana perayaan Aidilfitri..

2. TEMPAT DAN MASA
2.1 Tarikh : 22 September  2012 (Sabtu)
2.2 Masa : 8.00 pagi – 8.00 malam
2.2 Tempat : Dewan Taman Gemilang, Batu 1, Jalan Tras, Bentong
2.3 TarikhTutup : 14 September 2012
2.4 Undian : 19 September 2012 (Rabu-Jam : 8.00mlm) bertempat di Dewan Taman Gemilang


3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.

3.1 Berpasukan

4. YURAN PENYERTAAN

4.1 RM70.00 untuk satu pasukan.

5. KELAYAKAN PESERTA & DEFINASI PEMAIN

5.1 Semua pemain mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
5.2 Penyertaan terbuka kepada semua PENJAWAT AWAM yang bertugas di PAHANG sahaja tanpa mengira kaum dan jantina pemain. Sila isikan Jabatan tempat bertugas di dalam borang penyertaan. Pihak penganjur berhak menghubungi Jabatan terbabit sekiranya terdapat sebarang keraguan.
5.3 Hanya seorang pemain atau bekas pemain NEGERI anjuran TTAM dan lain-lain(Terbuka/Perpaduan/Polis/Tentera) /SUKMA/MAKSAK/BEKAS MAKSAK/BEKAS SUKMA dibenarkan didaftarkan dalam satu (1) pasukan. Pemain-pemain ini adalah mereka yang menjadi wakil bermula tahun 2005-2012.
5.4 Pemain Biasa (Normal Player) ialah pemain yang tidak termasuk didalam syarat-syarat atau dibahagian 5.3.
5.6 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain didalam satu pasukan.

5.7 PENGANJUR BERHAK MENGGUNAKAN BUDI BICARA BAGI MEMUTUSKAN STATUS PENYERTAAN PEMAIN.


6. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Berpasukan
6.1.1 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut susunan pertandingan seperti dibawah :-
PerlawananPertama :Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua :Bergu
Perlawanan Ketiga :Perseorangan Kedua


6.1.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
6.1.3 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua acara diperingkat awal.Manakala diperingkat pusingan kalah mati, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu meneruskan pertandingan.
6.1.4 Setiap pasukan boleh mendaftar sebanyak 5 pemain dengan menggunakan borang pendaftaran.
6.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik
6.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan.

6.2 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
6.3 Penggunaan getah pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali.

7. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN
7.1 Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara Liga.
7.2 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya
7.3 Undian kalah mati akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat liga.
7.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
7.5 Pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan dari kejohanan.

8. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN
8.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan
atau slip ‘BANK IN’ kepada:

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (dr_afiq)
Email : isrul1977@gmail.com

8.2 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan Yuran Pendaftaran.

8.3 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 14 September 2012 dan penyertaan melebihi dari kuota 20 pasukan, maka pasukan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada saat terakhir (last minute).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK kejohanan:

dr_afiq pp4m (011-19274128)

9. HADIAH KEMENANGAN

9.1 Berpasukan
Johan : RM 500.00 + Medal + Hamper
Naib Johan : RM 300.00 + Medal + Hamper
Ke 3 & 4 : RM 200.00+ Medal + Hamper
Ke 5 – 8 : RM 100.00 + Medal + Hamper


10. WAKTU PERTANDINGAN

10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.


11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN

11.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang ditetapkan.
Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan) dikirakalah dan disingkirkan dari
kejohanan.

12. PENANGGUHAN

12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak
akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan berlangsung, akan diberi lima (5) minit
untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang pertandingan.


13. KIRAAN MATA
13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah

14. BANTAHAN

Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara bersurat dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah ditangani oleh PengurusPasukan / KetuaPasukan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA). Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.

JURI
Pihak JURI terdiri daripada :

Pengerusi JawatanKuasaPenganjur
AJK :Teknikal Pertandingan
Ahli :Wakil dari 3 Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan

15.HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dari semasa ke semasa,demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.

Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.


6. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1 Penganjur hanya menyediakan Pengadil di peringkat kalah mati sahaja.
16.2 Pengadil Peringkat kumpulan adalah terdiri dari pemain.Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat didalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
16.3 Jawatankuasa Penganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna oren. Track bottom adalah digalakkan.Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola berjenama 3 bintang berwarna oren akan digunakan sepanjang kejohanan ini.
16.6 Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kecederaan dan kehilangan harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.

17. PENGINAPAN DAN MAKANAN

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan dan makanan untuk peserta. Walaubagaimanapun, penganjur akan menyediakan sedikit jamuan raya berupa lemang dan sambal hitam sebagai tanda dalam suasanan perayaan Aidilfitri. Pemain-pemain yang berhajat membawa kuih raya untuk dikongsi bersama amat dialu-alukan.





BORANG PENYERTAAN


NAMA PASUKAN             : ______________________________________

PENGURUS                         : ______________________________________

NO. H/P                               : ______________________________________

NAMA PEMAIN :

Bil
Nama

Jabatan
Status
1




2




3




4




5




*Status: N-Negeri,  S-Sukma,  M-Maksak,  B-Biasa

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM70.00
(Ringgit Malaysia :Tujuh puluh sahaja)


Dibayar oleh : ________________________________ Tarikh : ___________


Diterima oleh : _______________________________ Tarikh : ___________

* Bayaran terus ke akaun hendaklah dibuat atas nama berikut :

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 1140132206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (dr_afiq)
Email : isrul1977@gmail.com

Friday, 4 May 2012

Kejohanan Ping-Pong Perseorangan Tertutup Pahang 2012

MINI SIRI TERTUTUP PAHANG 2012

1. PENGENALAN - Sebanyak 5 siri akan dipertandingkan seperti berikut :

Siri 1 : SIRI MA LONG
Siri 2 : SIRI ZHANG JIKE
Siri 3 : SIRI WANG HAO
Siri 4 : SIRI XU XIN
Siri 5 : BATTLE OF THE CHAMPION

2. Nama siri : MA LONG

3. Tarikh/Hari : 16 JUN 2012/SABTU
4. Masa : 9.00 PAGI 

5. Tempat : Dewan Taman Gemilang, Jalan Tras, Bentong

6. Yuran bagi setiap pusingan RM 15.00

7. Hadiah adalah seperti berikut :
Johan : RM 100.00 + medal
Naib Johan : RM 70.00 + medal
Ke-3/4 : RM 50.00 + medal

8. Kelayakan peserta : Semua pemain ping-pong (BUMIPUTERA) yang menetap/bekerja di Pahang sahaja yang layak menyertai pertandingan ini tanpa mengira status.

9. Seramai 24 peserta yang terawal mendaftar akan diterima bertanding. Di peringkat awal peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain secara round robin. Johan dan Naib Johan, setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati sehingga final. Permainanan akan ditentukan dalam Best of 5 sets.

10. Undian kumpulan akan diadakan pada hari pertandingan manakala undian suku akhir akan dijalankan selepas peringkat kumpulan tamat.

11. Pemain yang mendapat johan, naib johan dan 2 peserta semi final (jumlah 4 orang) disetiap pusingan layak kepusingan akhir( Battle of The Champion)

12. Pemain yang telah layak ke BOTC tidak dibenarkan bertanding di pusingan seterusnya.

13. Tiada pengadil disediakan disepanjang pertandingan ini. Pengadil terdiri di kalangan para pemain sendiri.

14. Undang-undang ITTF digunapakai sekiranya berlaku sebarang pertikaian sepanjang pertandingan berjalan.

15. Bola rasmi pertandingan jenis Tibhar warna oren.

16. Keputusan penganjur adalah muktamad.

17. Sebarang pertanyaan dan penerangan, sila hubungi :

ISRUL - 0111-9274128 / ZAINAL - 0199421509


**Selamat Bertanding**

SYARAT TAMBAHAN PESERTA YANG MENGGUNAKAN PIMPLE :
Semua jenis getah pimple adalah dibenarkan. Perhatian: i) Hanya getah yang disenaraikan dalam list Authorised Racket Covering No. 32B sahaja yang dibenarkan. ii) Pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali. iii) Permukaan getah mestilah sama rata dan tiada benda asing boleh berada dipermukaan getah.

Wednesday, 2 May 2012

Salam Perpisahan

3 Mei 2012 - Kelab Ping-Pong merasa amat sedih kerana pertukaran seorang ahli kelabnya iaitu Puan Norhaidah Binti Baharin yang akan berpindah ke Putrajaya untuk bertugas di sana. Sesungguhnya ia satu kehilangan yang amat besar bagi kelab kerana pemergian seorang pemain wanita yang cukup berkaliber. Beliau telah banyak menyumbang keringat dan bakti dalam memartabatkan sukan ping-pong untuk wanita di daerah Bentong ini. Pihak kelab mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan beliau dan berharap legasi beliau akan diteruskan di penempatan baru nanti.

                           Pisang emas dibawa belayar,
                           Masak sebiji di atas peti,
                           Hutang emas boleh dibayar,
                           Budi Puan Aida dikenang abadi.

Tuesday, 1 May 2012

Istimewa Hari Pekerja

Taman Gemilang - 1 Mei 2012 - Satu kejohanan ping-pong muhibbah antara kakitangan awam daerah Bentong telah diadakan sempena sambutan Hari Pekerja 2012 bertempat di Dewan Taman Gemilang. Kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penjawat-penjawat awam di daerah Bentong terutaman kepada pemain-pemain ping-pong.
              Seramai 16 orang kakitangan awam daerah Bentong telah menyertai kejohanan ini. Sehubungan itu, pihak penganjur telah mengubah format kejohanan di mana setiap pasukan yang dibentuk hanya mempunyai 2 pemain. Lapan pasukan telah dibentuk dan dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana cabutan undi telah dilakukan bagi pembentukan pasukan untuk bertanding. Format pertandingan adalah perseorangan pertama, perseorangan kedua dan bergu di mana 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.
              Separuh akhir menyaksikan pasukan Cap Ayam yang diwakili Othman dan Isrul menentang pasukan Cobra yang diwakili Akhbar dan Mustafa manakala pasukan Lion menampilkan Yusuf dan Razif menentang. pasukan Dragon dengan pemainnya Zainal dan Zairul. Perlawanan sengit telah berlangsung dengan hebatnya menyaksikan pasukan Cap Ayam bertemu dengan pasukan Dragon di perlawanan akhir. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan:

                      Separuh akhir 1 :  Cap Ayam  (2)   vs   Cobra   (0)
                      Separuh akhir 2 :  Dragon  (2)        vs   Lion (1)
                      Akhir                :  Cap Ayam (2)   vs   Dragon (0)

               Pasukan Cap Ayam telah menjuarai kejohan ini apabila perlawanan akhir berlangsung dengan cukup sengit terutama perseorangan pertama yang berlanjutan sehingga 5 set. Dengan kejayaan itu, pasukan Cap Ayam telah menerima hadiah berjumlah RM 100.00 dan medal manakala pasukan Dragon menerima RM 70.00 dan medal. Pasukan Cobra dan Lion sebagai tempat ke-3 bersama membawa pulang RM 50.00 dan medal bagi setiap pasukan.
               Pengerusi kejohanan iaitu Isrul dalam kenyataannya berkata "walaupun penyertaan untuk kejohanan ini tidak begitu ramai, namun hubungan erat terjalin dan kepuasan bermain terpancar di wajah setiap pemain, justeru tidak mustahil kejohanan ini akan diadakan secara bersiri".

Thursday, 19 April 2012

Kejohanan Muhibbah


KEJOHANAN PING-PONG MUHIBBAH KAKITANGAN AWAM DAERAH BENTONG


KEJOHANAN INI DIANJURKAN BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN PERSAHABATAN DAN BERTUKAR ILMU DALAM PERMAINAN PING-PONG ANTARA KAKITANGAN AWAM DAERAH BENTONG.

            TARIKH            : 1 MEI 2012 (SELASA)
            MASA              : 8.30 PAGI
            TEMPAT          : DEWAN TAMAN GEMILANG

FORMAT KEJOHANAN

    PERSEORANGAN PERTAMA 
        PERSEORANGAN KEDUA 
               PERSEORANGAN KETIGA

PASUKAN YANG BERTANDING HANYA AKAN DITENTUKAN MELALUI UNDIAN ANTARA PEMAIN-PEMAIN YANG DATANG PADA HARI KEJOHANAN, BERMAKNA TIADA PASUKAN PILIHAN DI DALAM KEJOHANAN INI.

PERMAINAN AKAN DIJALANKAN SECARA LIGA DAN 4 PASUKAN TERATAS AKAN LAYAK KE SEMI FINAL. HADIAH YANG DISEDIAKAN IAITU :

            JOHAN             : RM 100.00 + MEDAL
            N.JOHAN         : RM 70.00 + MEDAL
            KE- 3/4            : RM 50.00 + MEDAL

PENYERTAAN PEMAIN DALAM KEJOHANAN INI ADALAH PERCUMA.

PENGADIL ADALAH DIKALANGAN PEMAIN SENDIRI. BOLA 3 STAR BERWARNA OREN AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG PERTANDINGAN.

PENGGUNAAN PIMPLE YANG DIUBAHSUAI ADALAH AMAT DILARANG SAMA SEKALI. PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BOLEH MELICINKAN PERJALANAN PERTANDINGAN DAN KEPUTUSAN PENGANJUR ADALAH MUKTAMAD

Wednesday, 11 April 2012

Berita Terkini

Taman Gemilang, Bentong - Alhamdulillah, Kejohanan Ping-Pong Persahabatan Belia Gemilang 2012 telah melabuhkan tirainya pada jam 8.00 malam setelah bermula jam 9.30 pagi. Walaupun penat, penganjur amat berpuas hati kerana kejohanan berjalan dengan lancar dan berjaya. Jelas kejohanan ini menampilkan kehebatan yang tersendiri dengan kemunculan ramai player-player berstatus bintang samada mewakili negeri atau Maksak seperti Ustaz Shahrul (Bera), Nasir (Temerloh), Zulkifli (Temerloh), Wahid (Kuantan), Khairuddin (Jengka), Hisham Bomba (Jerantut), Haji Hamid (Raub), Norapandi (Kuantan) dan Aziz Moristo (Ulu Klang).
                   
        Kejohanan ini telah dijalankan secara round robin yang melibatkan 2 kumpulan di mana satu kumpulan mengandungi 6 pasukan. Objektif utama dalam penganjuran pertandingan untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan dalam sukan ping-pong dilihat berjaya dengan pelbagai corak permainan dan kemahiran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Berikut adalah keputusan kejohanan :

       Johan      -  Quantum (Abdul Latif, Norapandi, Nik Ardei, Abu Hanafiah)
       N Johan   -  Belia Gemilang B (Ustaz Shahrul, Zainal, Mustafa, Fadhil, Razif)
       Ke - 3/4   -  Temerloh-Kuantan (Nasir, Hamzuri, Wahid, Naza)
                     -  Sg. Gau (Zulkifli, Rizal, Man Koko, Fahmi)


        Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang gagal, diharap tidak berputus asa kerana siri ke-2 akan menyusul tidak lama lagi. Kejohanan ini juga telah mencungkil bakat seorang bakal bintang masa depan iaitu Cikgu Fadhil daripada pasukan Belia Gemilang B, semoga beliau akan terus terbang tinggi dalam arena ping-pong dan terpilih mewakili negeri satu hari kelak, Insyaalllah. Sekian laporan daripada Taman Gemilang untuk Kejohanan Ping-Pong Persahabatan Belia Gemilang ini. Jumpa lagi.

Monday, 9 April 2012

Perlawanan Persahabatan

Pihak kelab amat mengalu-alukan kepada mana-mana pasukan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab ini samada di Bentong atau di luar. Sebarang bentuk cadangan boleh berhubung terus melalui blog ini atau hubungi Isrul@dr_afiq pp4m di talian 011-19274128.

Thursday, 5 April 2012

Kejohanan Ping-Pong Terbuka Melayu Bentong




1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Ping Pong Terbuka Melayu Bentong 2012. Objektif kejohanan ini ialah untuk bertukar-tukar ilmu dalam sukan ping-pong di samping mengumpul dana untuk kelab.

2. TEMPAT DAN MASA
2.1 Tarikh : 19 Mei 2012 (Sabtu)
2.2 Masa : 8.00 pagi – 8.00 malam
2.2 Tempat : Dewan Taman Gemilang, Batu 1, Jalan Tras, Bentong
2.3 TarikhTutup : 30 April 2012 (Isnin-Jam: 11.59mlm)
2.4 Undian : 15 Mei 2011 (Selasa-Jam : 8.00mlm) bertempat di Dewan Taman Gemilang


3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.

3.1 Berpasukan

4. YURAN PENYERTAAN

4.1 RM100.00 untuk satu pasukan.

5. KELAYAKAN PESERTA & DEFINASI PEMAIN

5.1 Semua pemain mestilah WARGANEGARA MALAYSIA beragama Islam.
5.2 Penyertaan terbuka kepada semua kaum tanpa mengira status dan jantina pemain.
5.3 Hanya seorang pemain atau bekas pemain NEGERI anjuran TTAM dan lain-lain(Terbuka/Perpaduan/Polis/Tentera) /SUKMA/MAKSAK/BEKAS MAKSAK/BEKAS SUKMA dibenarkan didaftarkan dalam satu (1) pasukan. Pemain-pemain ini dikategorikan sebagai Kelas A dan wajib bermain dalam perseorangan pertama sahaja.
5.4 Pemain Biasa (Normal Player) ialah pemain yang tidak termasuk didalam syarat-syarat atau dibahagian 5.3.
5.5 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain didalam satu pasukan.

5.7 PENGANJUR BERHAK MENGGUNAKAN BUDI BICARA BAGI MEMUTUSKAN STATUS PENYERTAAN PEMAIN.



6. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Berpasukan
6.1.1 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut susunan pertandingan seperti dibawah :-
PerlawananPertama :Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua :Bergu
Perlawanan Ketiga :Perseorangan Kedua


6.1.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
6.1.3 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua acara diperingkat awal.Manakala diperingkat pusingan kalah mati, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu meneruskan pertandingan.
6.1.4 Setiap pasukan boleh mendaftar sebanyak 5 pemain dengan menggunakan borang pendaftaran.
6.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik
6.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan.

6.2 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
6.3 Penggunaan getah pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali.

7. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN
7.1 Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara Liga.
7.2 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya
7.3 Undian kalah mati akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat liga.
7.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
7.5 Pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan dari kejohanan.

8. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN
8.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan
atau slip ‘BANK IN’ kepada:

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (Isrul)
Email : isrul1977@gmail.com atau fax ke: 09-2223729 (u.p: Isrulhizam Abd Khalid)

8.2 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan Yuran Pendaftaran.

8.3 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 30 April 2012 dan penyertaan melebihi dari kuota 20 pasukan, maka pasukan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada saat terakhir (last minute).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK kejohanan:

ISRULHIZAM ABD KHALID@dr_afiq pp4m (011-19274128)

9. HADIAH KEMENANGAN

9.1 Berpasukan

Johan : RM 500.00 + medal
Naib Johan : RM 300.00 + medal
Ke 3 &4 : RM 200.00 + medal

Ke 5 - 8 : Medal



10. WAKTU PERTANDINGAN

10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.


11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN

11.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang ditetapkan.
Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan) dikirakalah dan disingkirkan dari
kejohanan.


12. PENANGGUHAN

12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak
akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan berlangsung, akan diberi lima (5) minit
untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang pertandingan.


13. KIRAAN MATA
13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah

14. BANTAHAN

Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan sahaja secara bersurat dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah ditangani oleh PengurusPasukan / KetuaPasukan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA). Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.


JURI
Pihak JURI terdiri daripada :

Pengerusi JawatanKuasaPenganjur
AJK :Teknikal Pertandingan
Ahli :Wakil dari 3 Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan


15.HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dari semasa ke semasa,demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.

Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.


16. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1 Penganjur hanya menyediakan Pengadil di peringkat Suku Akhir sahaja.
16.2 Pengadil Peringkat kumpulan adalah terdiri dari pemain.Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat didalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
16.3 JawatankuasaPenganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna oren. Track bottom adalah digalakkan.Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola berjenama 3 bintang berwarna oren akan digunakan sepanjang kejohanan ini.
16.6 Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kecederaan dan kehilangan harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.

17. PENGINAPAN

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan untuk peserta.
















_____________________________________________________________________
BORANG PENYERTAAN


NAMA PASUKAN : ______________________________________

PENGURUS : ______________________________________

NO. H/P : ______________________________________

NAMA PEMAIN :

Bil. Nama Pemain (status)
1
2
3
4
5


Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM100.00
(Ringgit Malaysia :Satu ratus sahaja)


Dibayar oleh : _______________________________ Tarikh : ___________


Diterima oleh : _______________________________ Tarikh : ___________


* Bayaran terus ke akaun hendaklah dibuat atas nama berikut :

NAMA BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 114013206492
BAYAR KEPADA : ISRULHIZAM ABD KHALID

(Sila emel Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 011-19274128 (Isrul)
Email : isrul1977@gmail.com atau fax ke: 09-2223729 (u.p: Isrulhizam Abd Khalid)


Sunday, 1 April 2012

Berita Semasa

Pada 1 April 2012 yang lepas, 2 orang ahli kelab ini telah menyertai Pertandingan Ping-Pong pp4m level Beginner/Intermediate Siri 1/2012 iaitu Isrul@dr_afiq bagi kategori intermediate dan Ahmad Zairul bagi kategori beginner. Isrul@dr_afiq telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut setelah tewas kepada seorang pemain daripada Negeri Sembilan(akhirnya terbocor rahsia player tersebut pemain negeri) dengan keputusan 1-3. Ahmad Zairul pula telah menjuarai kategori beginner apabila mengalahkan juga pemain daripada Negeri Sembilan di perlawanan akhir dengan keputusan 3-1. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemain yang berjaya menjadikan pemain dari Bentong semakin dikenali di arena ping-pong di Malaysia ini. Laporan seterusnya akan menyusul bagi kejohanan yang berikutnya.

Thursday, 29 March 2012

X-T-V-T Terkini

Pemain-pemain ping-pong Bentong akan mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan dalam masa terdekat ini.

Kejohanan Ping-Pong Level Beginner/Intermediate Siri 1 2012 (1 April 2012) - isrul@dr_afiq (intermediate), ahmad zairul (beginner)
Kejohanan Ping-Pong Persahabatan Belia Gemilang (11 April 2012) - Belia Gemilang A, Belia Gemilang B, Cap Ayam
Kejohanan Ping-Pong Berpasukan Novis Monavie, Bangi (14 April 2012) - Xiom Bentong, Belia Gemilang 


Wednesday, 28 March 2012

Kejohanan Ping-Pong Persahabatan Belia Gemilang

KEJOHANAN PING-PONG PERSAHABATAN BELIA GEMILANG


KEJOHANAN INI DIANJURKAN BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN PERSAHABATAN DAN BERTUKAR ILMU DALAM PERMAINAN PING-PONG ANTARA PASUKAN BELIA GEMILANG DENGAN PASUKAN-PASUKAN JEMPUTAN.

                        TARIKH       : 11 APRIL 2012 (RABU)
                        MASA         : 9.00 PAGI
                        TEMPAT      : DEWAN TAMAN GEMILANG

FORMAT KEJOHANAN

PERSEORANGAN PERTAMA ( PEMAIN KELAS A )
BERGU
PERSEORANGAN KEDUA

SEBUAH PASUKAN JEMPUTAN HANYA BOLEH MEMPUNYAI SEORANG PEMAIN KELAS A SAHAJA DAN DIWAJIBKAN BERMAIN PADA PERSEORANGAN PERTAMA. BERIKUT PEMAIN-PEMAIN YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PEMAIN KELAS A DI NEGERI PAHANG:

NASIR MPT – TEMERLOH                           YUYI - TEMERLOH
MIZI MPT – TEMERLOH                               MAHATHIR - JENGKA
ZUL PENDEK – TEMERLOH                         KHAIRUDDIN - JENGKA
USTAZ SHAHRUL – BERA                         HISHAM BOMBA - JERANTUT

HANYA 12 PASUKAN AKAN BERTANDING DI DALAM KEJOHANAN INI. PERMAINAN AKAN DIJALANKAN SECARA 2 KUMPULAN DAN 2 PASUKAN TERATAS AKAN LAYAK KE SEMI FINAL. HADIAH YANG DISEDIAKAN IAITU :

                        JOHAN                                : RM 200.00
                        N.JOHAN                            : RM 100.00
                        KE- 3 / 4                             : RM 50.00

SETIAP PEMAIN DIMINTA MEMBERI SUMBANGAN SEBANYAK RM 10.00 BAGI TUJUAN PEMBELIAN BOLA, AIR MINUMAN DAN PERALATAN YANG BERKAITAN.

PENGADIL ADALAH DIKALANGAN PEMAIN SENDIRI. BOLA TIBHAR 3 STAR BERWARNA OREN AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG PERTANDINGAN.

PENGGUNAAN PIMPLE YANG DIUBAHSUAI ADALAH AMAT DILARANG SAMA SEKALI. PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BOLEH MELICINKAN PERJALANAN PERTANDINGAN DAN KEPUTUSAN PENGANJUR ADALAH MUKTAMAD
Kelab Ping-Pong Majlis Perbandaran Bentong dan Kelab Ping-Pong Melayu Bentong telah bergabung di bawah satu bumbung di mana seramai 21 ahli telah menganggotai kelab ini. Walaubagaimanapun hanya lebih kurang 12 ahli yang aktif bermain. Terletak di belakang Petronas Batu 1, Jalan Tras, dewan ping-pong Taman Gemilang memuatkan 4 buah meja untuk ahli-ahli kelab bermain tanpa mengira masa. Kedudukan yang strategik di sebelah surau membolehkan dewan ini menjadi tumpuan bagi sesebuah kejohanan untuk diadakan. Kelab ini aktif dalam menyertai pertandingan-pertandingan ping-pong yang diadakan di Malaysia ini dengan dua pasukan utama iaitu Belia Gemilang dan Xiom Bentong.