Naga Timur Sedang Tidur

Hendak Ke Mana Kamu Semua,
Jangan Sampai Bangunkan Naga

Wednesday, 11 April 2012

Berita Terkini

Taman Gemilang, Bentong - Alhamdulillah, Kejohanan Ping-Pong Persahabatan Belia Gemilang 2012 telah melabuhkan tirainya pada jam 8.00 malam setelah bermula jam 9.30 pagi. Walaupun penat, penganjur amat berpuas hati kerana kejohanan berjalan dengan lancar dan berjaya. Jelas kejohanan ini menampilkan kehebatan yang tersendiri dengan kemunculan ramai player-player berstatus bintang samada mewakili negeri atau Maksak seperti Ustaz Shahrul (Bera), Nasir (Temerloh), Zulkifli (Temerloh), Wahid (Kuantan), Khairuddin (Jengka), Hisham Bomba (Jerantut), Haji Hamid (Raub), Norapandi (Kuantan) dan Aziz Moristo (Ulu Klang).
                   
        Kejohanan ini telah dijalankan secara round robin yang melibatkan 2 kumpulan di mana satu kumpulan mengandungi 6 pasukan. Objektif utama dalam penganjuran pertandingan untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan dalam sukan ping-pong dilihat berjaya dengan pelbagai corak permainan dan kemahiran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Berikut adalah keputusan kejohanan :

       Johan      -  Quantum (Abdul Latif, Norapandi, Nik Ardei, Abu Hanafiah)
       N Johan   -  Belia Gemilang B (Ustaz Shahrul, Zainal, Mustafa, Fadhil, Razif)
       Ke - 3/4   -  Temerloh-Kuantan (Nasir, Hamzuri, Wahid, Naza)
                     -  Sg. Gau (Zulkifli, Rizal, Man Koko, Fahmi)


        Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang gagal, diharap tidak berputus asa kerana siri ke-2 akan menyusul tidak lama lagi. Kejohanan ini juga telah mencungkil bakat seorang bakal bintang masa depan iaitu Cikgu Fadhil daripada pasukan Belia Gemilang B, semoga beliau akan terus terbang tinggi dalam arena ping-pong dan terpilih mewakili negeri satu hari kelak, Insyaalllah. Sekian laporan daripada Taman Gemilang untuk Kejohanan Ping-Pong Persahabatan Belia Gemilang ini. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment