Pada 1 April 2012 yang lepas, 2 orang ahli kelab ini telah menyertai Pertandingan Ping-Pong pp4m level Beginner/Intermediate Siri 1/2012 iaitu Isrul@dr_afiq bagi kategori intermediate dan Ahmad Zairul bagi kategori beginner. Isrul@dr_afiq telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut setelah tewas kepada seorang pemain daripada Negeri Sembilan(akhirnya terbocor rahsia player tersebut pemain negeri) dengan keputusan 1-3. Ahmad Zairul pula telah menjuarai kategori beginner apabila mengalahkan juga pemain daripada Negeri Sembilan di perlawanan akhir dengan keputusan 3-1. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemain yang berjaya menjadikan pemain dari Bentong semakin dikenali di arena ping-pong di Malaysia ini. Laporan seterusnya akan menyusul bagi kejohanan yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment