Naga Timur Sedang Tidur

Hendak Ke Mana Kamu Semua,
Jangan Sampai Bangunkan Naga

Friday, 4 May 2012

Kejohanan Ping-Pong Perseorangan Tertutup Pahang 2012

MINI SIRI TERTUTUP PAHANG 2012

1. PENGENALAN - Sebanyak 5 siri akan dipertandingkan seperti berikut :

Siri 1 : SIRI MA LONG
Siri 2 : SIRI ZHANG JIKE
Siri 3 : SIRI WANG HAO
Siri 4 : SIRI XU XIN
Siri 5 : BATTLE OF THE CHAMPION

2. Nama siri : MA LONG

3. Tarikh/Hari : 16 JUN 2012/SABTU
4. Masa : 9.00 PAGI 

5. Tempat : Dewan Taman Gemilang, Jalan Tras, Bentong

6. Yuran bagi setiap pusingan RM 15.00

7. Hadiah adalah seperti berikut :
Johan : RM 100.00 + medal
Naib Johan : RM 70.00 + medal
Ke-3/4 : RM 50.00 + medal

8. Kelayakan peserta : Semua pemain ping-pong (BUMIPUTERA) yang menetap/bekerja di Pahang sahaja yang layak menyertai pertandingan ini tanpa mengira status.

9. Seramai 24 peserta yang terawal mendaftar akan diterima bertanding. Di peringkat awal peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain secara round robin. Johan dan Naib Johan, setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir yang akan dijalankan secara kalah mati sehingga final. Permainanan akan ditentukan dalam Best of 5 sets.

10. Undian kumpulan akan diadakan pada hari pertandingan manakala undian suku akhir akan dijalankan selepas peringkat kumpulan tamat.

11. Pemain yang mendapat johan, naib johan dan 2 peserta semi final (jumlah 4 orang) disetiap pusingan layak kepusingan akhir( Battle of The Champion)

12. Pemain yang telah layak ke BOTC tidak dibenarkan bertanding di pusingan seterusnya.

13. Tiada pengadil disediakan disepanjang pertandingan ini. Pengadil terdiri di kalangan para pemain sendiri.

14. Undang-undang ITTF digunapakai sekiranya berlaku sebarang pertikaian sepanjang pertandingan berjalan.

15. Bola rasmi pertandingan jenis Tibhar warna oren.

16. Keputusan penganjur adalah muktamad.

17. Sebarang pertanyaan dan penerangan, sila hubungi :

ISRUL - 0111-9274128 / ZAINAL - 0199421509


**Selamat Bertanding**

SYARAT TAMBAHAN PESERTA YANG MENGGUNAKAN PIMPLE :
Semua jenis getah pimple adalah dibenarkan. Perhatian: i) Hanya getah yang disenaraikan dalam list Authorised Racket Covering No. 32B sahaja yang dibenarkan. ii) Pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali. iii) Permukaan getah mestilah sama rata dan tiada benda asing boleh berada dipermukaan getah.

Wednesday, 2 May 2012

Salam Perpisahan

3 Mei 2012 - Kelab Ping-Pong merasa amat sedih kerana pertukaran seorang ahli kelabnya iaitu Puan Norhaidah Binti Baharin yang akan berpindah ke Putrajaya untuk bertugas di sana. Sesungguhnya ia satu kehilangan yang amat besar bagi kelab kerana pemergian seorang pemain wanita yang cukup berkaliber. Beliau telah banyak menyumbang keringat dan bakti dalam memartabatkan sukan ping-pong untuk wanita di daerah Bentong ini. Pihak kelab mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan beliau dan berharap legasi beliau akan diteruskan di penempatan baru nanti.

                           Pisang emas dibawa belayar,
                           Masak sebiji di atas peti,
                           Hutang emas boleh dibayar,
                           Budi Puan Aida dikenang abadi.

Tuesday, 1 May 2012

Istimewa Hari Pekerja

Taman Gemilang - 1 Mei 2012 - Satu kejohanan ping-pong muhibbah antara kakitangan awam daerah Bentong telah diadakan sempena sambutan Hari Pekerja 2012 bertempat di Dewan Taman Gemilang. Kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penjawat-penjawat awam di daerah Bentong terutaman kepada pemain-pemain ping-pong.
              Seramai 16 orang kakitangan awam daerah Bentong telah menyertai kejohanan ini. Sehubungan itu, pihak penganjur telah mengubah format kejohanan di mana setiap pasukan yang dibentuk hanya mempunyai 2 pemain. Lapan pasukan telah dibentuk dan dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana cabutan undi telah dilakukan bagi pembentukan pasukan untuk bertanding. Format pertandingan adalah perseorangan pertama, perseorangan kedua dan bergu di mana 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.
              Separuh akhir menyaksikan pasukan Cap Ayam yang diwakili Othman dan Isrul menentang pasukan Cobra yang diwakili Akhbar dan Mustafa manakala pasukan Lion menampilkan Yusuf dan Razif menentang. pasukan Dragon dengan pemainnya Zainal dan Zairul. Perlawanan sengit telah berlangsung dengan hebatnya menyaksikan pasukan Cap Ayam bertemu dengan pasukan Dragon di perlawanan akhir. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan:

                      Separuh akhir 1 :  Cap Ayam  (2)   vs   Cobra   (0)
                      Separuh akhir 2 :  Dragon  (2)        vs   Lion (1)
                      Akhir                :  Cap Ayam (2)   vs   Dragon (0)

               Pasukan Cap Ayam telah menjuarai kejohan ini apabila perlawanan akhir berlangsung dengan cukup sengit terutama perseorangan pertama yang berlanjutan sehingga 5 set. Dengan kejayaan itu, pasukan Cap Ayam telah menerima hadiah berjumlah RM 100.00 dan medal manakala pasukan Dragon menerima RM 70.00 dan medal. Pasukan Cobra dan Lion sebagai tempat ke-3 bersama membawa pulang RM 50.00 dan medal bagi setiap pasukan.
               Pengerusi kejohanan iaitu Isrul dalam kenyataannya berkata "walaupun penyertaan untuk kejohanan ini tidak begitu ramai, namun hubungan erat terjalin dan kepuasan bermain terpancar di wajah setiap pemain, justeru tidak mustahil kejohanan ini akan diadakan secara bersiri".