Naga Timur Sedang Tidur

Hendak Ke Mana Kamu Semua,
Jangan Sampai Bangunkan Naga

Sunday, 19 April 2015

Kejohanan Ping-Pong Tertutup Bentong dan Jemputan 2015



1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Ping Pong Tertutup Bentong dan Jemputan 2015. Objektif kejohanan ini ialah untuk bertukar-tukar ilmu dalam sukan ping-pong di samping mengumpul dana untuk kelab.

2. TEMPAT DAN MASA
2.1 Tarikh : 9-10 Mei 2015 (Sabtu-Ahad)
2.2 Masa : 8.00 pagi hingga selesai
2.2 Tempat : Dewan Taman Gemilang/Dewan Orang Ramai,  Batu 1, Jalan Tras, Bentong
2.3 TarikhTutup : 30 April 2015 (Khamis -Jam: 11.59mlm)
2.4 Undian : 3 Mei 2015 (Ahad -Jam : 8.00mlm) bertempat di Dewan Taman Gemilang


3. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN.

3.1 Berpasukan ( 9 Mei 2015)
3.2 Bergu/Perseorangan (10 Mei 2015)

4. YURAN PENYERTAAN

4.1 RM100.00 untuk satu pasukan.
4.2 RM 30.00 untuk Bergu
4.3 RM 20.00 untuk Perseorangan

5. KELAYAKAN PESERTA & DEFINASI PEMAIN

5.1 Semua pemain mestilah WARGANEGARA MALAYSIA beragama Islam.
5.2 Hanya seorang pemain atau bekas pemain NEGERI anjuran TTAM dan lain-lain(Terbuka/Perpaduan/Polis/Tentera) /SUKMA/MAKSAK/BEKAS MAKSAK/BEKAS SUKMA dibenarkan didaftarkan dalam satu (1) pasukan. Pemain-pemain ini dikategorikan sebagai Kelas A dan wajib bermain dalam bergu sahaja bagi acara berpasukan. Pemain-pemain A juga tidak dibenarkan berpasangan sesama sendiri dalam acara Bergu Terbuka.
5.3 Pemain Biasa (Normal Player) ialah pemain yang tidak termasuk didalam syarat-syarat atau dibahagian 5.2.
5.4 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain didalam satu pasukan.
5.5 Bagi acara perseorangan, kelayakan adalah terbuka kecuali pemain yang telah dan sedang mewakili negara.
5.6 Pemain berumur 60 tahun ke atas tidak dikira sebagai pemain A.

5.7 PENGANJUR BERHAK MENGGUNAKAN BUDI BICARA BAGI MEMUTUSKAN STATUS PENYERTAAN PEMAIN.






6. FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Berpasukan
6.1.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 4 pemain sahaja.
6.1.2 Tiap-tiap pertandingan hendaklah dijalankan mengikut susunan pertandingan seperti dibawah :-
PerlawananPertama :Perseorangan Pertama
Perlawanan Kedua :Bergu
Perlawanan Ketiga :Perseorangan Kedua


6.1.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja .
6.1.4 Kesemua tiga (3) acara pertandingan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua acara diperingkat awal.Manakala diperingkat pusingan kalah mati, sesebuah pasukan yang telah memenangi pertandingan (2–0) tidak perlu meneruskan pertandingan.
6.1.5 Setiap pertandingan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik
6.1.6 Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan.

6.2 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta-merta dan diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
6.3 Penggunaan getah pimple yang telah diubahsuai adalah dilarang sama sekali.

7. UNDANG-UNDANG AM PERTANDINGAN
7.1 Semua kategori pertandingan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan dijalankan secara Liga.
7.2 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya
7.3 Undian kalah mati akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat liga.
7.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan.
7.5 Pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan dari kejohanan.

8. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN
8.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan
atau slip ‘BANK IN’ kepada:

NAMA BANK : BANK SIMPANAN NASIONAL
NO. AKAUN : 0611329836437354
BAYAR KEPADA : ZAINAL BIN BIDIN

(Sila WHATAPPS  Slip ‘BANK IN’ kepada saya sebagai pengesahan)
Tel : 019-9421509


8.2 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan Yuran Pendaftaran.

8.3 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 30 April 2015 dan penyertaan melebihi dari kuota 40 penyertaan setiap kategori, bagi  yang telah menjelaskan yuran pendaftaran akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada saat terakhir (last minute).

9. HADIAH KEMENANGAN

9.1 Berpasukan
Johan : RM 700.00 + hamper
Naib Johan : RM 400.00 + hamper
Ke 3 &4 : RM 200.00 + hamper
Ke 5/8 : RM100


9.2 Bergu
Johan : RM 200.00
Naib Johan : RM 100.00
Ke 3 &4 : RM 50
Ke 5/8 : Hamper


9.3 Perseorangan
Johan : RM 200.00 + medal
Naib Johan : RM 100.00 + medal
Ke 3 &4 : RM 50.00 + medal
Ke 5/8 : Hamper


10. WAKTU PERTANDINGAN

10.1 Semua pertandingan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
Masa menunggu selama 15 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.Pasukan/pemain  yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.


11. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN ACARA PERTANDINGAN

11.1 Semua pasukan/pemain mestilah menghabiskan semua acara pertandingan seperti yang ditetapkan. Pasukan yang tidak menghabiskan acara pertandingan (bukan kerana kecederaan) dikirakalah dan disingkirkan dari kejohanan.


12. PENANGGUHAN

12.1 Semua acara pertandingan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 12.2
12.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa pertandingan berlangsung, akan diberi lima (5) minit untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.
12.3 Jawatankuasa pertandingan Kejohanan Ping Pong berhak meminda sebarang pertandingan.


13. KIRAAN MATA
13.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.
13.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi pertandingan diperingkat awal dikira menang.
13.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

13.3.1 Bilangan Perlawanan Nisbah Menang / Kalah
13.3.2 Bilangan Permainan Nisbah Menang / Kalah
13.3.3 Bilangan Mata Permainan Nisbah Menang / Kalah

14. BANTAHAN

Bantahan boleh dibuat  dan hendaklah dikemukakan kepada JURI RAYUAN dalam tempoh 15 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA). Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.

JURI
Pihak JURI terdiri daripada :

Pengerusi JawatanKuasaPenganjur
AJK :Teknikal Pertandingan

15.HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dari semasa ke semasa,demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.

Keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.

16. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1 Penganjur hanya menyediakan Pengadil bermula di peringkat Separuh Akhir sahaja.
16.2 Pengadil Peringkat kumpulan adalah terdiri dari pemain.Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat didalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
16.3 JawatankuasaPenganjur berhak untuk meminda / menambah mana-mana peraturan yang perlu demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
16.4 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna putih. Track bottom adalah digalakkan.Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkirkan (disqualified).
16.5 Bola plastic/poly berjenama 3 bintang berwarna putih akan digunakan sepanjang kejohanan ini.
16.6 Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kecederaan dan kehilangan harta benda sepanjang kejohanan berlangsung.

17. PENGINAPAN

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan da makanan/minuman untuk peserta.








BORANG PENYERTAAN


KATEGORI : BERPASUKAN / BERGU / PERSEORANGAN

NO. H/P : ______________________________________

NAMA PEMAIN :



BIL


NAMA PEMAIN
























1 comment:

  1. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    ReplyDelete