Kelab Ping-Pong Majlis Perbandaran Bentong dan Kelab Ping-Pong Melayu Bentong telah bergabung di bawah satu bumbung di mana seramai 21 ahli telah menganggotai kelab ini. Walaubagaimanapun hanya lebih kurang 12 ahli yang aktif bermain. Terletak di belakang Petronas Batu 1, Jalan Tras, dewan ping-pong Taman Gemilang memuatkan 4 buah meja untuk ahli-ahli kelab bermain tanpa mengira masa. Kedudukan yang strategik di sebelah surau membolehkan dewan ini menjadi tumpuan bagi sesebuah kejohanan untuk diadakan. Kelab ini aktif dalam menyertai pertandingan-pertandingan ping-pong yang diadakan di Malaysia ini dengan dua pasukan utama iaitu Belia Gemilang dan Xiom Bentong.
salam tuan afiq...nak tye masih aktif ke kelab di jln teras 1...kalau takde halangan sy nak masuk sebagai ahli..sy cuba hubungi no tpn tuan tp tak dpt
ReplyDelete